Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Tuesday, October 26, 2010

pulau manukan







mesti pilih manukan juga sebab sini ada surau dan kemudahan yang lebih banyak.
pi manukan aku pasang niat nak kasi ikan makan dan nak melilau pusing pulau tangkap gambaq sebab dari pengalaman dulu. sini coral tak banyak dah.
pulau besaq, banyak kemudahan, ramai orang, coral mesti banyak mati kena pijak.
masa turun dari bot. ada nampak orang baling roti ke dalam ayaq. ramai la ikan berkerumun berebut roti. ssyyoookkk tengok.
sekali aspalela cakap dah tak boleh bagi ikan makan dah. ni depa langgaq peraturan nih.
kami pon dengan tak percaya tanya pasaipa, dulu boleh.
(dulu kami mai, acara beri ikan makan adalah acara feveret orang ramai. roti pon ada juai kat situ tuk bagi ikan makan. kami mai manukan pon kali ni nak bagi ikan makan sebab dulu tak dapat bagi puas2 dan tengok ikan berebut roti sepuasnya. kami beli sebuku roti yang besaq punya beda nak bagi ikan makan.)
sekali lagi kami ditanya soalan yang sama.. dulu tu bila yang kamu datang?
kami jawap tahun lepas.
dia juga jawap tenang... itu tahun lepas, sekarang dah tak boleh sebab roti2 tu mempunyai chemicals dan bila ikan makan, najis yang dikeluarkannya akan merosakkan coral.
oooooo. kami bagi big OOOOO..
tahun lepas.... rasa macam baru bulan lepas kami pi dulu. cepat betui masa berlalu.
bila kami jalan menuju ke pulau. barulah nampak papan tanda seperti dibawah.
OOOOOO OK. sebagai pencinta alam. kami kena patuh.





dan seperti aku cakap tadi, niat aku ke manukan kali ni lebih ke nak bagi ikan makan dan tangkap gambaq.
oleh kerna dah tak boleh dah nak kasi ikan makan, maka aku nak pusing pulau tangkap gambaq saja.
tahun lepas tak sempat nak tangkap gambaq kat pulau manukan sebab kejadian kamera rosak masuk pasir kat pulau sapi.



aku malas nak turun dalam ayaq.
sebab (1) tak da coral nak tengok, (2) tak da sapa nak bawak pi tengok ikan, lifeguard kat sini cam tak best. lagi dari pengalaman tahun lepas. walaupun dah terbukti pengalaman tahun lepas tak boleh dah nak pakai sangat.

aini paksa jugak turun. tetamu dari kuching lepas letak barang terus terjun laut.
aku pun ikutlah aini. pakai snorkel dan mask saja. berendam saja. pastu mai aspalela tanya awat tak pakai fins. dia suruh pakai, nanti dia bawak kami snorkeling. aku pon malas2 pi amik juga lah fins.
mai plak si tetamu dari kuching ajak kami snorkeling bawah jeti. sebab situ banyak ikan. aku tau banyak ikan tapi aspalela tidak kelihatan lagi. kata nak bawa kami snorkeling.
tetamu dari kuching tawarkan diri nak bawa. dia nak bawak??? biaq betui??
dia kata boleh, tapi jangan pegang dia. jangan pegang tangan, jangan pegang kaki. ekekekekek.
kat mana nak pegang kalau camtu??
ok pegang tali kat lifejaket.
ok. rasa selamat juga lah walaupun pegang lifejaket saja.
tapi dia ni ada masalah kompius nak bernafas guna snorkel tu. selalu la dia dok kaleh2 badan.
kami pon kena la juga kaleh2 badan. sat meniarap, sat terlentang. aish. ni masalah besaq buat aku ni. tapi aku cuba releks...
releks husna releks..
tenangkan fikiran anda...

bila sampai kat bawah jeti dan tengok ikan..
aspalela pon datang.
dia pon bawak kami ke sebelah jeti yang satu lagi.
(kalau kat manukan, kalau kita turun bot dan berjalan atas jeti menuju ke pulau, sebelah kanan saja yang penuh orang. sebelah kiri tak dak orang)
aspalela bawak kami ke sebelah kiri jeti.
kat situ aku dan aini terkejut sebab ada lebih banyak coral berbanding mamutik.
coral yang kami nampak lebih kurang sama dengan apa yang kami tengok dekat pulau sapai tahun lepas.
syiiioookkk gila. puas hati gila.
kami tak sangka manukan ada coral yang cantik2 lagi. sebab ramai orang tahu yang manukan bukan ada bayak coral dah.
oh time mcam ni lah rasa bertuah sebab kenai aspalela si pemandu bot yang baik.
rasa berbaloi kalau mengaku tak pandai berenang. ekekekekekkek.

tapi,
apa yang buat lawatan ke pulau, lawatan ke manukan kali ini lebih berbaloi dan seronok berbanding lawatan ke pulau2 yang sebelum ini adalah...
aku MAKIN konfiden dalam ayaq. rasa seronok berendam dalam ayaq masin kaki tak boleh jijak apa2.
sebelum ni, aku hanya suka ke pulau sebab boleh buat aktiviti snorkeling dan boleh tengok coral yang cantik2, yang selama ni boleh tengok dalam majalah dan tv saja.
lawatan ke manukan kali ni mengubah segala rasa aku terhadap laut bebas.
aku makin enjoy berada dalam ayaq. makin releks bila dok dalam ayaq.
kalau sebelum ni, aku agak panik, stress dan takut bila aku perlu angkat kepala atau ambil nafas dengan hidung atau perlu tegakkan badan semula.
segala2nya berpunca dari tindakan aspalela meninggalkan kami sekejap ditengah2 laut sebab dia ada benda nak buat dengan kawan dia. masa tu, kami agak jauh dari pantai, bawah kaki kami ada coral dan ikan yang cantik.
bila aku kalihkan badan aku untuk menelentang, aku perasan yang kami dok dalam ayaq yang jernih. kaki pon nampak. ikan pon nampak dok berenang kat sekeliling.
masa tu aku lupa aku ni ada masalah dengan ayaq.

aish. cerita panjang2 buat apa tatau. secara ringkasnya, aku dah makin konfiden dok dalam ayaq. tak perlu lagi nak kena pegang orang kalau nak kalih2 badan. dan siap berenang sendiri balik ke pandai. kebetulan ayaq laut tenang saja. berenang sampai rasa lenguh kaki esok hari nya. punyalah syok sebab dah makin berani dok dalam laut.

nampak gayanya, kena la terjun laut selalu, kenalah pi pulau selalu. supaya makin berani dengan ayaq laut. ekekekkekek. apakah itu.

oh ya. dipendekkan cerita juga. tak dapat jugalah nak tangkap gambaq pulau manukan kali ni. tak sempat. sejam lebih jugalah dok dalam ayaq. naik pon hanya sempat pi mandi dan solat saja. tak sempat nak pusing2 pulau. nampak gayanya... kena la pi manukan lagi. ekekekekekk.

ni jalah gambaq yang aku sempat ambik.




2 comments:

Nadiah Sidek said...

eh, kalau yg tak pandai berenang pun boleh snorkeling ek? ingatkan kena tahu berenang. akak teringin jgk nak snorkeling tapi tak reti berenang. takde basic langsung. huhu..

err..anak dah nak masuk 2 ni bila masa nak gi snorkeling?? -_-"

husna said...

boleh la kak nadiah. cuma mula2 tu susah skit la nak ejas. terutama nak ejas penafasan. jadi konfius nak bernafas guna mulut saja bila guna snorkel tu..
pastu mula2 sure takut la jugak . sebb tak besa dok dalam ayaq masin. dah la kaki tak leh jejak apa2. pastu ayaq masin tu, pedih mata uit.

ala kak nadiah. anak 5 pon boleh ah kalau nak snorkeling. ekekekekek.

syok kak nadiah....
tengah takut2 dgn ayaq pon terasa syok nya.. sbb blh tgk coral cantik2. ikan cantik2.