Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Wednesday, January 05, 2011

duri landak laut (lagi)

pasal kena duri landak laut masa 12/12/10 dulu.
aku tak berjaya buang. pastu dia tak berapa sakit.
maka, aku buat keputusan tuk biaqkan saja.
walaupun zati dak berbuih mulut suruh aku p jumpa doktor.
mak zati pon suruh pi.

tapi minggu lepas,
tempat terkena duri landak laut tu mula mengeras balik.
aku mula risau balik.
tambah pulak bila mak zati cakap benda2 macam ni jangan buat pasai, nanti makan dalam.
aku jadi takut terus.

makanya,
minggu lepas, selepas 3 minggu terkena duri landak laut, aku p klinik ums kat kingfisher.
doktor cakap jadi keras, hard lump tu benda biasa. tindak balas oleh badan jika benda asing masuk dalam badan.
tak perlu risau. tak perlu buat apa. tak perlu suntikan. tak perlu antibiotik.
aku buat muka macam tak percaya bila dia kata tak perlu antibiotik.
lepas aku buat tak caya tu, dia terus kata dia bagi antibiotik jenis sapu.
aku terima saja apa dia kata, sebab aku ada baca kat tenet kata komposisi duri landak laut sama dengan tulang kita, so kalau tak sakit tak perlu risau.
sehingga lah, bila tiba saat perlu ambil ubat, terus aku tak percaya doktor tu.
merapu aku rasa. aku nak cerita ubat apa dia bagi pon macam malu. tumpang malu tuk dia.
ekekekeekkek.
sebelum aku keluaq, aku ada tanya doktor tu dari mana. dia kata dia mai dari veitnam.
aku rasa, dia tak tau apa itu sea urchin. mungkin dia baru mai kerja di sini yang banyak kes melibatkan kecederaan oleh binatang laut. bila aku sebut spine baru dia macam paham. mungkin yang dia paham bukan spine sea urchin. dia mungkin agak itu cuma spine biasa.
aku agak saja la ni. apa2 pon doktor tu memang merapu.

oleh sebab ubat yang doktor tu bagi macam tak masuk dek akai, maka aku pi klinik lain.
kat klinik no 2, doktor cakap duri ni kena buang. nanti kalau lagi lama boleh menanah.
doktor itu doktor tempatan.
dia korek buang duri tu. bagi ubat yang sepatutnya.
hati aku lega.
hati zati lega.
hati mak zati lega.
mak zati cakap kalau biaq lagi, boleh lagi teruk.
alhamdulillah.
tak risau dah.







10 comments:

eL_kZ said...

betul tindakan ang!!

avie eicca said...

haha gilalah dr import sangat-sangat bahaya. nasib baik ang pi klinik no 2. :D

Hannajoe said...

cuba cek, dr tu ade pape sijil kedoctoran atau perubatan tak? sesuka hati je ckp tade pape. huhuhuhu t_t

Nadiah Sidek said...

besra mana duri landak laut tu? halus je ke?

husna said...

su: sangat betul. tapi lambat.ekekekek

marina: tu la weh. doktor import kat klinik usm pon sama. sama perangai. zati pernah kena.

hana: ntah tak cek pulak. kita ni pi la klinik tu sebab tu klinik ums. tapi camtu hasilnya. rasanya kena tengok dari mana doktor tu mai.

kak nadiah: kecik ja kak nadiah. haluih. macam besaq selumbar. tapi dia masuk menegak, jadi susah nak buang. kalau masuk melintang macam selumbar, senang skit.

SHaRKFiQ SSM said...

camna bleh kena?? kena ktna??
n cmna doct tu buang duri landak laut tu??

husna said...

highness fiq,
kena sebab terpijak masa snorkeling.
kena kat kaki.
tapi nasib baik masuk 1 duri saja.
dr korek buang saja.
kalau kena sampai berpuluh2 atau beratus2 tak sure nak buat camna...

Unknown said...

Xde cre len klo kne landak laut??

Unknown said...

i pergi klinik tp doktor bagi ubat tahan sakit tp dia tak korek pun. cmner ye?

Unknown said...

Macam mane kalau kita nk buang sendiri kt Umah. Mohon beri penerangan.