Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Monday, February 21, 2011

bila hang nak kawen? aku belum bersedia.....

adeh. pagi2 dah teringat pasal bab kawen2.

alang-alang aku teringat bab kawen2 nih. aku nak cerita skit.
aku ada beberapa hal berkenaan kawen ni yang menyebabkan aku rasa belum bersedia nak berkawen. atau lebih tepat lagi, aku takut nak kawen. takut nak bina famili.

1. takut bila dah kawen, baru tau suami kita tu kawen dengan kita sebab tangkap muat saja. contohnya, dia memang rasa nak kawen, wajip kawen ka harus kawen ka tak kisahlah, tapi dia tak dapat orang yang dia berkenan, maka kita sajalah pilihan yang dia ada. dia pon kawen dengan kita. pastu dah kawen pulak dok buat teringat kat perempuan yang dia tak dapat tu. buat pulak tu, kalau perempuan yang dia tak dapat tu dah solo dan nak kat dia, apa jadahnya pulak nanti.


ni kes selalu aku tengok berlaku kat orang yang terdesak nak kawen. oke, tak tau la perkataan terdesak tu sesuai ka dak. tapi macam tu la lebih kurang, rasa nak kawen sangat2. tapi tak dak sangat calon yang betul2 sesuai. tak dak orang yang kita dok berjanji bertahun2 pasal kawen ni.
tapi oleh sebab tertentu, sebagai contoh, nak kena kerja kat pendalaman, nak ada orang jaga, so kena cari orang yang kerja sama kat pendalaman tu. atau, nak pi studi luaq negara, nak orang teman, so nak kawen dengan orang yang boleh kita bawa. atau, mak bapak famili semua dok tanya bila nak kawen, so kawen saja sebab stress. atau sebab semua kawan2 dah pakat kawen, so kena jugak la kawen.
aku kalau boleh tak mau termasuk dalam contoh2 tu. tapi orang kata, kenal kejap ka, kenal lama ka, kalau dah jodoh, nak buat camna kan.
tapi kalau silap langkah camna?
tiada yang gerenti dalam hidup kan?
hat ni yang aku takut, takut silap langkah.
aku yang pikiaq kompliketed?

untuk hal no 1 ni, aku rasa,
apa jua alasan kita masa nak kawen tu, kita lupakan saja.
yang penting bila lepas kawen. dua-dua orang kena cuba bina hidup bersama. bersyukur dengan apa yang kita ada. cuba cintai dan suka sepenuh hati pasangan kita tu.
jangan dah dok nak teringat akan orang yang kita tak dapat. jangan dok rasa keputusan yang kita ambil tu betul ke tak. jangan dok buat menyesal sudah.

tapi kalau suami aku tu dok buat teringat kat kekasih lama camna? hat ni aku takut ni.
banyak kes aku tengok. sebab tu aku takut.

tu kes macam tu.
kalau kes kawen sebab cinta, pun aku tetap risau jugak.

2. aku takut nak menghadapi kes cinta yang pudar bila dah bertahun2 kawen.
dah saling mencintai satu sama lain dah bertahun2, dah berjanji setia selama bertahun2, pastu kawen.
lepas beberapa tahun, ada berlaku sesuatu yang mengganggu gugat alam rumah tangga.
contohnya, berlaku pergaduhan yang besaq2 ka atau kejujuran dan kesetiaan teruji bila suami ada main kayu 3 ka ataupun berlaku kes kematian melibatkan ahli keluarga pastu dok salahkan pasangan.
macamna nak buangan kemarahan, nak buang kebencian, nak buang perasaan ragu-ragu tu semua? walaupun dah maafkan pasangan kita.
kadang2 cinta ni boleh pudar, so macamna nak hangatkan balik, nak kembalikan balik cinta tu, nak kembalikan balik rasa percaya tu?
nak cinta balik, nak percaya balik, bukan senang. lebih susah dari nak mencintai dan mempercayai orang yang kita baru kenal.

aku takut aku tak dak kekuatan ni,
aku takut aku tak boleh mencintai balik, tak boleh nak percayai balik.
dan juga takut untuk bersabaq untuk buat pasangan mencintai kita balik.

aku dok risau pasal nak kembalikan cinta ni sebab, aku tak mau jadikan perceraian sebagai option bila berlakunya kes cinta yang pudar ni.
aku amat percaya yang rumah tangga ni melibatkan banyak usaha gigih.



tu hal suami isteri, belum masuk lagi bab anak2 dan famili.


3. aku takut hal anak2. aku takut dengan keadaan semasa anak remaja kita.
aku takut aku tak berjaya besaqkan mereka dengan sebaiknya.
tak ada sapa yang perfek, termasuklah ibu bapa.
tapi aku takut nak pikul tangggung jawap tu. sangat berat rasanya.
aku tengok macam2 berkenaan hal anak2 ni.
aku dah ada anak saudara dari umur 13 tahun lagi, dan mereka tinggal dekat dengan aku, so, macam2 kerenah aku tengok. aku jadi risau.
tanggung jawap jadi mak ayah ni sampai ke mati. risau sampai ke mati.

orang biasa kata, bila ada anak nanti, baru tau nak bertindak macamna. kita akan belajar dari mereka dari masa ke semasa.
kita akan sayang mereka sepenuh hati, dan buat saja apa yang kita rasa patut buat.

tapi adakah tindakan kita itu nanti betul?
aku takut hat ni lah.
adakah tindakan aku masa menghadapi anak2 tu nanti betul?





aku ni kompliketed kan?
aku tau lama dah.
jenis pikiaq banyak punya.
jenis pikiaq melalut punya.

sehat dak aku dok pikiaq dan dok risau macam ni?





8 comments:

arixahmad said...

the more you think the more complicated it would be :)
So mintak petunjuk dari Allah apa saja perkara yang nk dilakukan...

zati zuber said...

Chena,
Aku rasa hg kena slow down skit bila pkiaq psal all this relationship thing...bak kata mika relax take it easy dan quote from the alexandra potter's who's that girl:
'...whats the point worrying all the time? Its a total waste of time.'
'If the worst is going to happen, it'll happen. Worrying cant protect you from that. And if it doesnt happen, then you're missed out on all the time when you could have been having fun.'..so kita enjoy dlu!!!

husna said...

arix: yup. itu saja jalannya. moga dipermudahkan jalan dan juga hati.

zati: yup. masih ingat dengan quote tu. juga selalu mencuba untuk pegang kata2 tu.
sedang cuba untuk tidak melalut bila berpikir hal ni.

avie eicca said...

aku sokong zati ngan arix! haha best pulak quote dari buku tu hehe.

puan oryza said...

wow! lamenye saya x masuk blog kak husna (dan lama jugak sy x update blog)

kak husna, jangan la risau sangat... bila mase yg tepat datang, insya allah sume persoalan2 ni akan hilang.. ape2 pun, saya kagum pada kak husna sebab kak husna seorang yang ssngat2 pandai enjoy life..

husna said...

marina: buku tu best.

farhana: ha. lama gila farhana tak update blog. apa cerita baru?
insyaallah.. harapnya begitulah.
kak husna masih berusaha untuk enjoy life, farhana.

puan oryza said...

kak husna, sy memang la sangat2 x sempat nk updet blog... hari2 kena masak untuk tukang yg buat rumah nih... itu dh sekerat hari.. lagi sekerat hari, setel keje kawin pulak.. malam pulak masa untuk berhibur.. itu la sebab musabab x update blog. kak husna dtg x kenduri sy nti?

husna said...

oohhh..
yalah kan. dah dekat sgt dah kendurinya kan.
itulah. belum tahu lagi farhana.