Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Tuesday, April 19, 2011

sudah tiba masanya...

untuk aku memulangkan kamera yang aku selalu guna kepada tuannya. aini.

90% gambaq yang diletakkan didalam blog ini dari awal tahun 2010 sampai ke hari ni,
adalah menggunakan kamera aini.
benQ DC C540. yang menggunakan bateri AA. yang punya 5megapixel.
camera ni mula dikeluaqkan pada sept 2006. aini beli awai tahun 2007.
sampai ke la ni, kamera tu masih gagah. walaupun tak segagah dulu atau segagah kamera masa kini.

lepas kamera aku masuk pasir, lens rosak, aku pinjam guna kamera dia.
lepas kamera aku diperbaiki pun aku masih pinjam kamera dia, sebab kamera aku masih tidak sebagus dulu walaupun dah pi pebaik.
aku pinjam guna seperti harta sendirik sampai ke hari ni.
aku boh dalam beg aku 24jam. bokmai lab, bokbalik rumah, bokbalik hostel, bokbalik kampung.
kalau dia nak guna baru dia mintak kat aku. lepas dia guna, dia kasi balik kat aku.
dah macam milik aku bukan?

aku pun tatau macamna dia boleh percaya kat aku nak pegang barang dia.
kadang2, bila mai perasaan bersalah buat kemera dia seperti harta sendiri dalam diri aku, dia akan cakap, "alaa.. bukan aku nak guna pun. dari tak guna, lebih baik aku kasi ko guna".
tapi, bukan senang nak bagi orang guna barang kita walaupun barang tu kita tak guna.

jadi, aini,
aku tatau nak cakap macamna untuk menunjukan betapa aku berterima kasih sebab kasi aku guna kamera ko seperti harta sendirik.
terima kasih sebab percayakan aku.
terima kasih sebab tak kisah. (kalau pun ko kisah sebenaqnya, aku anggap ko tak kisah la ye)
muah!

dan terima kasih jugak tuk benQ sebab teman aku selama nih. tak keruan kalau aku tak dak kamera dalam beg.
dan ini gambaq aku bersama benQ DC C540.






ini pulak gambaq aku tangkap pagi tadi guna kamera benQ aini.




7 comments:

Hannajoe said...

seyes. cantik gila gambaq! :)

Anonymous said...

saya ada kamera lebih. nak?! :)

husna said...

hana: benQ ni aku rasa memang bagus. untuk indoor pun bagus walaupun kamera ni dah lama.

anon: oh. tak pe tak pe. trima kasih.
eh. tapi.. boleh jugak lah. :)

ainis said...

huh! sedihla pulak?!(perasaan sebenar ok)hehhe walaupn memang cam ako tp disebabkan gmbr ko lg cantek dari ako so ako rela je..nie ko pulangkan kat ako mesti si benQ nie nanti merjuk..hehe yg pasti ako kn bg gmbr cantek mcm ko la..hehe

husna said...

aini, ko kena selalu bermesra dengan dia. selalu guna. baru ko akan serasi dengan dia. ekekekkek

eL_kz said...

aku guna laptop benQ, mmg elok la brg benQ ni..

husna said...

itulah. sekarang ada lagi ka orang juai barang benQ? kamera memang aku dah lama tak jumpa orang jual.