baru teringat yang aku ada siri 'aku suka masak, tapi tak pandai masak'.
aku dan megi ni, panjang ceritanya..
(dalam entry ini,
megi merujuk kepada mee segera secara am, manakala,
maggi merujuk kepada mee segera berjenama maggi)
sepanjang bergelar pelajar yang tinggal di hostel selama hampir 10 tahun,
megi lah menjadi teman sejati.
sampai aku boleh ada teknik masak megi sendiri yang paling aku gemar.
aku penah diangkat sebagai 'pemasak megi terhandal' oleh sahabat2 aku.
aku tak sure yang mereka ni menggelar aku sebegitu rupa kerana hendak membodek aku, atau mahu aku masak megi selalu, atau mahu mengambil hati aku atau mahu membuat hati aku sedikit gembira dengan pujian mereka.
apa2 pun, megi adalah satu2nya makanan yang aku jarang nak suruh orang masakkan.
sejarah aku dan megi ni dah lama.
masa kecik2, megi pernah dijadikan hidangan makan malam untuk seisi keluarga.
kalau mak aku memilih tuk masak megi tuk makan malam, aku rasa sangat bahagia.
aku dan adik akan tolong mak bukak bungkusan megi dan perencah. pastu susun tepi dapur gas.
itu semua kisah dulu.
seingat aku, masa aku di awal sekolah menengah, amalan masak megi untuk hidangan makan malam seisi keluarga sudah dimansuhkan.
aku tak tau kenapa. mungkin atas kesedaran bahaya makan megi selalu, atau mak abah aku tak mau tanamkan sifat suka makan megi dalam diri anak mereka.
sekarang kalau di rumah, megi akan dimakan bila dah terasa boring dengan nasik, atau saja2 teringin nak makan atau perut lapaq dikala tengah malam.
dan makan megi adalah acara perseorangan, bukan lagi acara masak banyak2 makan beramai2 seperti dulu.
masa darjah 5 atau darjah 6 lebih kurang,
baru aku tahu nak masak megi sendiri.
itupun, belajar masak megi di rumah kawan aku.
aku pi main kat rumah dia. tiba2 rasa lapaq, pi kedai beli megi asam laksa sebungkus. kami pun masak. masa tu mak dia tak ada kat rumah.
aku ingat lagi cara masak megi yang kami buat. lepas ayaq mendidih, masuk megi dan perencah. lepas tu masuk sebijik telur. kacau sampai telur hancur, kuah jadi pekat dan sedikit.
ah. masa tu kira megi paling sedap kat dunia sebab 1st time aku masak megi.
kalau la ni suruh masak macam tu, tak sure boleh rasa bahagia ka dak.
la ni, aku ada cara masak megi aku sendiri.
aku ada jenama megi kegemaran.
itu akan dicerita dalam entry seterusnya.
nak tulis sekali gus, rasa macam panjang sangat. bila dah panjang, ia akan jadi bosan untuk dibaca balik.
bersambung.....
5 comments:
akak aku pon slalu suh aku masakkan megi tuk die.
kdg2 bila bosan tak tau nak mkn apa..megi la yg dicari ;)
"terlalu byk makan megi masa blajar dulu so skrang dah naik jemu..." sombong tak bunyi? hahaha....
time mengidam megi je baru cari megi... tu pun masak separuh. sebungkus, sure tak dapat habiskan.
sedap nampak megi usna tu. ni rase nk makan megi ni. huhuhu..
su: aku ni, kalau curi makan megi adik atau abang aku punya, sangat syok ooo.
kak nadiah: kak nadiah kat sana ada stok megi?
kak sita: teori husna, itu bukan jemu kak sita, tak makan sebab ada benda lain yang syok dimasak dan dimakan selain megi.
kak sita memang. dari dulu dah buat perangai masak megi separuh tu. ekekekkek
lina: hehehehhee. hari megi sedunia.. lina pi cuba megi ibumee perisa mee udang. sedap ooo
Post a Comment