Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Tuesday, January 10, 2012

menjadi mak abah

kalau cakap pasal nak jadi mak ni (penulis blog ni tak mengandung, tapi selalu la jugak terpikir pasal jadi mak mak nih),
aku selalu ja takut.
takut. dan belum bersedia pikul tanggung jawap.

jangan takut, nanti bila tiba masanya, hilang takut tu, kata orang.

tapi kali ni,
aku bukan nak cakap pasal takut.
aku nak cakap pasal sayang dan cinta yang tanpa batasan yang mak abah perlu bagi kepada anak-anaknya.

bila bercampur dengan orang yang lain dari orang yang kita selalu bercampur selama ni,
ada benda yang boleh buat kita sedar,
ada benda yang boleh buat kita terpikir,
dan ada benda yang boleh buat kita rasa bersyukur.

salah satunya, pasal menjadi mak abah.
pasal rasa sayang dan memaafkan yang tak berbelah bagi yang patut diberikan kepada anak-anak.

aku rasa sangat bersyukur ada mak abah seperti mak abah aku.

walau macam mana pun perangai aku, perilaku aku,
mereka tetap memaafkan aku.
mereka tetap menyebelahi aku.
mereka tetap menyayangi aku.

mereka tetap memaafkan bila,
aku melawan cakap,
bercakap kasar,
keras kepala,
menguris hati.

kalau ada cikgu ada mak ayah orang lain mengadu pasal aku,
mereka pasti nampak lebih menyebelahi cikgu dan mak ayah orang lain.
tapi....mereka akan menyebelahi aku,
bila aku mengadu tentang sesuatu,
bila aku sedih tentang sesuatu.

mereka akan memandang serius,
dan mengambil berat,
dengan apa yang aku rasa, dengan apa yang aku sedih,
walaupun lepas 2, 3 hari aku mengadu, aku sendiri akan rasa aku melebih-lebih dan tak patut.

aku tulis panjang-panjang nih,
point yang aku nak cakap adalah,
aku bersyukur sebab mak abah buat aku rasa,
walau-macam-mana-pun-celakanya-aku-dan-walau-macam-mana-pun-celakanya-hidup-aku-dan-dunia-luar-mereka-tetap-ada-untuk-sambut-aku-dan-ada-untuk-aku-bersandar.

dan aku berharap,
aku juga akan memberi impak yang sama kepada anak-anak..
aku juga akan memberi perlindungan dan tempat bersandar kepada anak-anak.
dan juga memberi rasa yang sama kepada anak-anak seperti yang aku rasa sekarang sebagai anak.



ya Allah.
berikanlah aku keupayaan untuk memberi kasih sayang dan cinta dan kemaafan yang tak berbelah bagi untuk anak-anak aku kelak.

5 comments:

limapuluhsen said...

"I'll help you see it through because I just really want to be with you".. :)

Siti Marina said...

Amin! wah bunyi ready ni!! excited lak aku hehe :D

DAKWATUNNISA said...

u make me cry... :( suka entry ni. sebab tu Allah suruh kita jadi orang yang bersyukur. caranya, walaupun mak abah punyai kekurangan, tapi kita kena tahu sebenarnya mak dan abah cuba nak jadi terbaik di mata anak2. mungkin sekarang kita belum tahu, tapi bila kita sudah ada anak sendiri pasti kita akan merasainya. caranya, jom kita lihat kelebihan mak abah melebihi kekurangan yang mereka ada. satu lagi, jika kita nak anak kita jadi macam tu, kita perlu buat dulu. sebagai contoh, kita nak anak kita sentiasa doakan kita, kita perlu mulakan dengan diri kita. jadi jom kita sentiasa doakan mak abanh kita. ni apa yang cekyah rasa, cekyah tak mampu nak balas jasa mak abah, jadi cekyah harap dengan mendoakan mak abah selalu, itu menjadi salah satu cara nak balas jasa mak abah sebab bila mak abah tak ada nanti, doa kita menjadi teman buat mak abah, :)

husna said...

limapuluhsen: :)

marina: kahkah. hang ni. aku kan selalu ja cakap pasal mak bapak nih. apa2pun.. amin.. kehkeh

cekyah: doa kat kakna selalu jugak! ekekekeekk

DAKWATUNNISA said...

mesti.. cekyah sentiasa doakan mak abah dan kakak2 abang2 cekyah.:)