Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Wednesday, February 24, 2010

kerana kelas batal lagik

semalam,
aku memang sangat sedih pasal projek.
tapi,
aku tahan air mata aku..
sebab aku rasa aku dah letih untuk menangis kepada perkara2 yang menyebabkan aku sedih pasal projek itu.
dan juga yang paling utama, aku fikir,
sekurang-kurangnya, hari ini aku akan buat 1 perkara yang aku akan rasa gembira...

tapi,
kak tan telefon kata kelas cancel lagik.

aku terus pi lab arix.
nangis.
agak kuat.
tapi aku ada jugak gelak, sebab aku rasa sangat kelakar bila aku nangis kuat hanya kerna kelas cancel lagik.
dan sahabat aku pon gelak jugak.

tapi nangis aku tak berenti kat situ. air mata meleleh lagik.
dan aku lupa tuk beritahu depa yang air mata ni adalah air mata yang aku tahan dari semalam...

lepas tu, depa nak pi kelas.
so aku pun nak pi sambung nangis dengan lebih kuat kat lab 132.
lab yang mana tak kan ada orang lihat aku nangis.
sebab buat sementara waktu ni, hanya aku yang guna lab tu.

sekat air mata, sebab mau lalu kat koridor.
takut nanti orang lain perasan...

keluar ja dari lab arix, tak sampai 4 langkah aku ambil,
aku nampak belakang badan Bos-No-2.
aku terus pusing badan.
mau tuju ke lab 117.
lab lagi satu, yang terletak dihujung 1 lagi.

tiba-tiba,
Bos-N0-2 panggil..

husna....

aku pon terpaksa la pusing badan,
jalan pi kat dia...

pandai kau ek. lari dari aku..
sample yang baru tu kau belum buat lagi ek.
nanti saya buat ye Dr.
ok.
eh. nape mata kau merah ni?! kau nangis??
(mula2 aku rasa nak jawap mata masuk habuk. macam dalam drama tu.. tapi macam tak logik la plak. dah muka sangat la sembab. so aku angguk saja... aku dah mula sebak balik dah. ah kacau.)
nape nih? ha?
(aku diam. senyum.)
aku ada marah kau ke?
(geleng. tambah sebak. jari telunjuk sekat air mata.)
sebab boyfren kau?
(ek? geleng.) takdelah Dr. (senyum lagi. sebak didada makin bertambah. ah kacau sungguh ni.)
kenapa ni?
(aduh. bos buat muka simpati+risau+terkejut. buat aku tersentuh saja. lagi la buat aku sebak. kena cabut cepat2 ni.)
(sebak makin kuat. air mata dah nak keluaq sangat2 dah ni.) semua bukan Dr... okelah Dr ek. saya nak pi sambung nangis kat sana jap. (tunjuk lab 117.)
eh ko tak apa-apa ke ni???
(geleng. pusing badan. jalan tanpa toleh. air mata dah meleleh. dah tak dapat tahan dah.)

masuk lab 117.
terus nangis sekuat hati.

kak tan telefon lagik.
bagi cadangan tukar masa, atau tukar cikgu, atau tukar main keybod.
aku kata tak mau. aku sangat kecewa dengan pengurusan depa. 2 kali last minit kansel.
aku nak duit balik. nak pi buat belanja kawan.
nanti len kali kalau aku rasa aku nak belajaq, aku daftar len.


cerita tammat.....




p/s: Bos-No-2 suka nak tengok orang nangis bila dia marah.. aku belum terkena lagi. tapi aduh laaa.. naseb aku hari ini kurang baik, dia dah tengok muka aku yang sembab.


p/s/s: Bos-No-2 ni, boleh tahan jugak kalau buat muka simpati.. terus aku bertambah sebak..


p/s/s/s: teringat The-Big-Bos. kalau ternangis depan dia masa dia serius marah, sure dia akan terus slow. terus cakap pelan2.. hati-hati guna ayat... bagi semangat balik... takut dia!! ngeh ngeh.. tapi aku tak penah nangis la depan dia..









air mata... senjata wanita.. ngeh ngeh.
update: cikgu telefon. said sori. tanya kot2 aku nak buat personal klas. tiada kaitan dengan sekolah. bila2 masa, kat mana jua. dia mai.. wah.
nanti saya pikerkan ye cikgu....

7 comments:

Machina said...

weh sory, aku lost no hg. aku jemput semua la ms tu pkai friendster. hg tak bukak ka? sori sgt weh...

husna said...

weh mahadi..
aku dah lama tak buka frenster..
tak paaa..
hang ada buat kenduri kat perlis?

Nadiah Sidek said...

akk pun nangis gak baca entry husna ni! sebak lak baca tang bos-no-2 tu. lain benar dgn gayanya yg ala2 garang mcm selalunya :p.

projek apa? kelas apa? akk tak brp nk fhm la. citer la betul2 nape husna nangis?

akk pernah nangis depan the-big-bos. lebih dr sekali kalau tak silap. ratu air mata sungguh! ahaks

HuMayRah HaYatI said...

sabar husna ek..nanti k yt pun nangis jugak kang..

Machina said...

belah laki aku buat kat perlis. hu... aku pun xtau nk cntact hg lgu mana.

husna said...

kak nadiah: huhuhuhu...
itulah bos-no-2 tu, buat org terharu ja.. hahhahaa..
kelas musik. nak main gitar. projek master.. biasa la kak nadiah.. tension2.. ngee
kak nadiah pon penah nangis?? ingatkan kak nadiah yang paling tabah. sll zaass kasi potong kata2 Dr.. ngeh ngeh.

kak yati: makaseh kak yati..huhuhu..gd luck kak yati!

husna said...

mahadi: kalu aku tau, mau gk aku balik perlis p kenduri hang.. banyak kenduri kengkawan kelana aku tak dpt p.. nasir, raisah..