Tuesday, February 23, 2010
tak akan ku biar ia mengalir tanpa sebab yang sepatutnya
aku mahu menangis.
kerna aku tahu, akulah raja yang barai.
raja yang tidak berjaya memerintah tubuh badan jiwa fikiran sendiri.
aku mahu menangis.
kerna aku manusia yang tidak pernah berubah.
dan tidak pernah belajar dari luka berdarah akibat tersungkur.
aku mahu menangis.
kerna aku tidak tahu kenapa aku terus-terusan begini.
sungguh.
disaat ini,
segala yang aku lihat,
tidak lagi kelakar.
walaupun tidak mampu lagi untuk ketawa disaat ini,
akan aku sekat air mata ini...
supaya ia tidak tumpah untuk hal yang siasia.
hal yang patutnya sudah mati.
yang patutnya terus hilang lenyap .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment