Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Wednesday, April 28, 2010

aku sangat suka hujan jika aku dok kat tempat selesa


jam 7.56 pagi, aku terjaga bila fir mahu balik ke biliknya.
aku kata, awal lagi ni, satgi ah bangun. lagi 30 minit, 30 minit.
terjaga jam 9.30 pagi, seejuukkk.
aku kata, tunggu sahabat kat bilik sebelah bangun lah.
jam 11.09 pagi, baru bangun dengan cergasnya.
iron baju, mandi, bersiap dan pakai tudung semua, hujan pon turun dengan sangat lebatnya.
:
aku sangat suka hari hujan.
tapi dengan syarat, aku berada di tempat yang selesa.
seperti di bilik atau di rumah atau di lab atau didalam kenderaan berbumbung seperti kereta atau bas atau keratapi.
kalau aku perlu basah terkena hujan, aku jadi tak brapa suka dengan hujan.
seperti berada di perhentian bas atau tengah kayuh basikal bawak beg sekolah atau di pasar malam tengah syok memilih lauk.
:
oleh kerna tadi aku berada ditempat paling selesa di penang ni.
maka, aku jadi sangat suka hujan.
suka dok kat tingkap, tengok air hujan meleleh di cermin tingkap.
:
sambil layan hujan,
aku layan teh o panas.
layan baca teacher man dari frank mcCourt sambil belajaq dengan mcCourt tentang kretif writing dan seterusnya berangan mau jadi penulis.
layan sahabat prektis main kibod.
layan cerita dan gosip.
:
melayan suasana hujan dari jam 12 sampai jam 1 sampai jam 2.
hujan sangat lebat.
nampak kilat.
kilat tu bukan takat hit alarm sistem kat bangunan sebelah tapi juga hit nerves sistem aku.
dada berdebaq, tangan menggeletaq.
(perut sangat lapaq nasik menyumbang sama sebab musabab tangan menggeletaq).
:
:
hari hujan hari ini sangat syok.
sekarang baru nak mula kerja.
aha
inilah yang syoknya jadi student.
jadual yang sangat fleksibel.
:
:
:)

2 comments:

Miss FZ said...

how i wish i could be a student..full time student..:)

husna said...

ehe
sure sangat penat bukan amik part time.