Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Monday, April 26, 2010

sungai sedim, kulim kedah

aku tidor umah aini hari sabtu.
ahad, geng umah aini ajak pi sungai sedim.

aku dan sahabat dah lama teringin nak pi sg sedim.
tapi belum ada kesempatan nak pi.
ni kira aku scouting dulu la sebelum nak pi ngan sahabat.
ngeh ngeh.


white water rafting kat sg sedim.
kena mai dalam kumpulan sekurang-kurangnya 4 orang.
pakej paling murah, rm45, short distance.
long distance, rm90.
paling mahal rm250, lagi panjang, lagi mencabar.


aku amik yang mana??





hahahaha..
aku tak main pon.
dok tengok orang rafting saja..

sebenaqnya,
info harga ni aku tanya kat orang yang bawak raft tu. jurumudi la lebih kurang.
ada kumpulan yang buat kem disini.

aku tengok ada makcik2 yang naik.
rasa tercabaq pon ada..
hahahhaa.
dia kata semua orang boleh try, tak kesah tahu berenang ka tak.
tu yang aku nak dengaq sangat pon.
aha.




aku pi berkelah dan beremdam ja kat sini.
dengan geng rumah aini, kak ila dan kak nor.
dan bersama adik angkat kak nor dan kawan2 tempat keja kak ila.



ayam bakaq, resepi bed.
makan nasik, lauk kak ila masak.


dari kanan, aini, kak ila dan anum (kawan kak ila)


dari kanan, kak nor dan adik angkatnya, tri.


kawan-kawan kak ila, kiri, kak ida dan sekarang-aku-dah-lupa-nama.



kami sampai awal gak la. dalam jam 930 am.
mula-mula tak ramai orang kat tempat kami berkelah.
pastu ada 1 famili datang dengan ramai budak2.
tempat kami berkelah tu, tempat faveret orang main terjun2 kot.
sebab lepas tu, makin ramai orang berkumpul dikawasan tu.
tak pasti kawasan lain camana. sebab dok berendam kat situ saja.


air, bersih, jernih dan sangat sejuk..
aku berendam saja.
aku yang jenis tak-tau-berenang-dan-takut-tertelan-ayaq-seterusnya-lemas ni sangat la takut.
sangat takut nak masukkan muka dalam ayaq.
main terjun2? lagi la tak sanggup.
lagi takut berbanding dalam kolam atau laut.
mungking sebab sangat sejuk dan arus yang agak deras menghentam telinga.
haih. tak tau la bila nak berani dengan ayaq ni.




budak2 kecik yang dok bermain dengan kami.
kalau orang tengok, boleh agak yang depa mai dengan kami.
hahaha.
kanan, si kakak, aisyah. kiri, si adik, anum.










lepas berendam sampai kecut.
naik salin baju dan solat.
lepas tu naik tree top walk.
katanya paling panjang dalam dunia bagi seumpamanya.
rm10 tuk dewasa. rm6 tuk kanak2.
best jugak la sebab rasa thrill dok tempat tinggi. paras atas pokok balak.
tapi bagi aku, kalau nak menghayati keindahan alam, lagi syok jalan kot bawah.











kesimpulannya, syok kalau bab berendam dalam ayaq.
ayaq sungai yang best.
tapi kalau nak pi sekali lagi, aku piker banyak kali skit.
sebab kemudahan sangat la teruk.
toilet tersumbat. dah la bayaq, tapi tak bersih. surau kotor tak terjaga.
hadoi. kata tempat femes, tapi apa jadahnya.
kalau aku nak pi pon lain kali, sebab nak try water rafting.
ataupon hanya pi berkelah dan rendam kaki saja.



ada banyak pakej yang ditawarkan melibatkan aktiviti white water rafting dan tree top walk.
boleh buat program motivasi, team building, water konfidence, dan macam2 lagi la..




sampai kat hostel bila dah asaq.
nampak hujan dok mai dari jauh.
pastu tidoq tak hengat dunia.





p/s: aini cakap, kemudahan kat bukit hijau lebih bagus.



6 comments:

HuMayRah HaYatI said...

wauu bestnyer korang berkelah...jelezzz i..

husna said...

hehhehe..
best kak yati.
nanti kak yati pi la ngan famili...

Nadiah Sidek said...

gi berkelah tak ajak akk pun :p

husna said...

kak nadiah kan dah ada girls day out. ehe

Sukahatiadam said...

kalau dah rasa tercabar, bila pula nak datang cabar diri sendiri atas raft tu.. mai lah

husna said...

wah. mmg dh lama teringin.
sekarang masa krg beri izin.
nanti sure akan cuba jugak.