Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Thursday, April 29, 2010

taare zameen par



semalam arix buat tayangan amal bagi filem ini.
taare zameen par atau like stars on earth.
dengan tagline, every child is special.


cerita pasal seorang budak nama ishaan berumur 8 tahun yang mengidap dyslexia.
diarah dan diterbit oleh aamir khan. keluar tahun 2007.


aku ni jarang nak review filem sebab bukan pandai sangat untuk review.
tapi hari ini cam rajin terlebih. aha

1. filem yang dibikin dengan bagus sekali. selalunya aku takut skit atau senang cerita, tak suka sangat tengok filem hindustan yang serius yang bertemakan penyakit. sebab hindustan lebih banyak drama dalam filem sebegini sampai fakta pasal penyakit dah jadi tak brapa betul. untuk filem ini, seorang kanak2 dyslexic digambarkan dengan betul dan fakta2 yang berkaitan dyslexia pon diberitahu dengan betul (sebenaqnya aku pon bukan arif sangat pasal dyslexia, tapi filem ni tak la nak bagi maklumat yang boleh dipertikaikan sangat).

2. lakonan pelakon kanak2 yang membawa watak ishaan memang mantop. pandai dia bawa watak budak yang struggle dengan dyslexia. tersentuh hati, sangat kesian tengok dia sedih. tapi lakonan aamir khan aku tak brapa suka sangat la. cikgu emo. sikit2 nak meleleh ayaq mata. memang tipical drama hindustan. keja nak teriak saja. (nampak aamir khan sangat tua dalam filem ni)

3. jalan cerita yang bagus. macamana ishaan struggle. macamana penerimaan bapak ishaan bila orang kata anak dia ada learning disability. macamana perangai cikgu2 lain yang bengap kata ishaan ni hanya nakal dan malas. macamana keadaan kehidupan typical indian famili, takde tunjuk orang2 kaya semedang seperti dalam filem hindi2 yang selalu dipaparkan.

4. lagu-lagu dalam filem. walaupun ia bawa mesej yang agak berat tapi filem ini maseh mengekalkan ciri2 filem hindi yang penuh drama dan lagu. ada la jugak lagu yang macam tak berapa sesuai atau terlebih2 seperti lagu masa aamir khan muncul sebagai cikgu seni yang cool dan berlaianan. tapi aku sangat suka lagu yang pertama dalam filem ni, masa nak tunjuk perbezaan rutin pagi ishaan yang slow mo dan penuh imiginasi di awal pagi sebelum pegi sekolah, berbeza dengan rutin bapak, mak dan abang dia yang tangkas.



kesimpulannya, filem taare zameen par ini sangat best dan menyentuh perasaan.
bagi kesedaran dan inspirasi.



dalam filem ni, aamir khan ada bagitau orang2 femes yang didiagnos dyslexia seperti picasso, thomas edison dan abhishek bachchan.
pastu aku pi tengok kat wiki, senarai orang2 femes yang didiagnos dyslexia.
antaranya,
orlando bloom, cher, tom cruise, keira knightley, mika, jamie oliver dan keanu reeves.




6 comments:

puan oryza said...

dyslexia tu penyakit bila dia tgk satu2 perkataan, otak xleh nk interprate dgn betul, tp otak baca secara terbalik kan?

Nadiah Sidek said...

oh, dh berzaman dh akk tinggalkn citer hindustan sbb citer2 hindustan semakin tak best pastu pelakon2nya seksi ya amat. jln cerita ntah apa2, seksi je lebih

tp citer ni mcm best je..

husna said...

farhana: aha lbh kurang la kot. kak husna pon tak arif sgt. blm khatam kat wiki lagi..
mereka sll terlukaq huruf, mcm d ngan b. tak pandai anggar jarak. mcm tu la. tp kalau latih ok ja.

kak nadiah: cita ni gerenti tak dak seksi2. tak dak langsung. habes seksi pon aamir khan menari goyang punggung bersama kanak2 sek. ehek. cerita tumpu pada watak budak tu saja dan sekolah dan famili.

husna said...

farhana:*tertukaq

avie eicca said...

aku tgk gambar ni tapi tak da subtitle jenuh nak paham tapi seyes mmg best. aku suka budak kecik tuuuu gigi kapak dia best. comei!! muka di iras kawan aku ivan. ada muka dia kat facebook aku haha.

husna said...

hahahaha
arix pon suka gigi kapak tu