Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Thursday, March 24, 2011

aku dan buku resepi

aku suka tengok resepi. dari buku, majalah, dan juga kat internet.

aku suka mungkin sebab,
1. suka tengok gambaq makanan yang cantik2.
2. suka makan dan suka masak.

mak aku ada banyak buku resepi. yang tulis sendiri punya.
kebanyakkannya adalah buku kulit keras.
tengok tv, rancangan masakan, salin resepi yang disukai. kalau aku tengah tengok dengan mak, sure aku akan disuruh sama mengingati segala bahan2nya. kalau tak sempat ingat, salin lah sekerat resepinya.
ada jugak resepi yang diambil dari rakan2 mak. aku yang akan dikerah jadi tukang salin resepi.
dan ada jugak menampal resepi yang dari majalah.
ada la jugak 3 4 buah bukunya.
tapi, bukannya mak aku dok masak pon hat benda dia salin tu.

aku lebih suka punya buku resepi yang dibeli.
sebab ada gambaq makanan yang cantik2.
tapi suatu hari nanti, aku pun mungkin akan ada buku resepi yang disalin, macam mak aku.
sebab aku rasa, punya buku resepi yang ditulis tangan sangatlah sweet.
lagi lama lagi nampak sweet. dan mengundang memori indah.
macam mak aku punya buku resepi, ada muka surat yang dah relai, yang koyah, yang hilang.
macam kitab lama.
aku ingat nak suru mak aku namakan aku sebagai pewaris buku resepi masak dia tu. :)



cek yah tak minat kan masak2 ni?


2 comments:

dakwatunnisa said...

tak aci, cekyah baru berangan nak jadi pewaris buku masak mak. cekyah kena salin cepat2 la sebelum kak na jadi pewarisnya. tapi tu la bila cekyah nak terer.. takpe2, sebelum masuk kuantan nanti cekyah cuba masak ye. waktu tu kakna pun ada kat rumah, nanti kita masak sama-sama na.

husna said...

ha cekyah salin. kak na malas nak salin. muhahhaa.
cekyah la masak. kakna nak makan saja. bila lg nak try makanan cekyah.