Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Thursday, August 12, 2010

karipap karipap cinta

hari ini, hari meng-review.
ni nak review buku plak.
dah lama tak meng-review buku.
banyak buku hat best2 yang aku baca, tapi tak dan nak review disini.
ni pon aku buat review sebab zati ugut nak ambil duit tabung katak aku.
ntah bila aku ada janji nak review pon aku dah tak ingat.
rasanya, macam tak berjanji pon.

ok. sebelum ni, aku banyak baca review kata buku ni best kat blog2 orang lain.
tapi tak terbeli-beli pon.
tapi, setelah dipengaruh kuat oleh zati, barulah aku beli dan baca buku ni.



respon aku terhadap buku ni?
1. kelakaq. gila kelakaq. jenis kelakaq yang aku suka.
2. kalau ada sapa yang besa baca siri buku little black dress yang ditulis oleh penulis2 wanita muda yang baru nak mencipta nama, keringanan jalan cerita adalah lebih kurang sama. cuma buku ni penulis dia adalah lelaki dan dia punya kelakaq agak lebih. kelakaq stail malaysian yang lebih dekat dihati.
3. sangat kelakaq sebab cara watak utama bertindak dan berpikiaq adalah macam kita jugak. yang cam ntah apa2, cam tak ketahuan, yang merapu. watak dalam buku yang sebegini rupa memang aku sangat suka. seperti dalam buku2 marian keyes, sophie kinsella dan alexandra potter.
4. jalan cerita yang ringan dan pedoman yang boleh diambil terus. toksah pikiaq susah2.
5. harga murah. berbaloi.
6. pi beli sorang satu.

no one knows about persian cats & angela's ashes

: A Review

(belum dapat publish paper review, aku publish review 2 filem ini dululah. ekekek)

ok.
sepanjang aku di sini,
hanya 2 filem ini aku tonton kat dalam pc. (filem2 tgk kat sinima tak payah la kira)
dikala aku sedang boring.
sekarang tiada lagi drama korea online..
itu perkara yang pelik berlaku kat aku sepanjang aku kat sini.
ehe.





filem 1: NO ONE KNOWS ABOUT PERSIAN CATS

filem ni, marina yang bagitau kat aku. dia tertengok trailer kat youtube rasanya. tapi tak dapat donlod.
1 hari, aku tanya parisha budak iran pasai filem ni, dia kata dia ada copy. aku terus ambil dr dia.
tapi masalahnya, takde subtitle langsung.
aku peram... pastu, baru2 ni saja aku tengok.
so..sebagai seorang yang suka music, tapi tak tahu hape langsung pasai cabaran orang musik, sebagai seorang yang tidak tahu sangat pasai iran dan juga tengok filem tanpa paham sepatah haram, dan hari ni aku cuba untuk review.
eh bukan review. respon.
ok. aku ringkaskan...

1. filem ini mengisah 2 orang yang baru keluaq penjara, mahu membawa music mereka keluar negara. ke eropah rasanya. ini kerana, terlalu ketat undang2 di iran melibatkan music.

2. undang2 iran bukan saja ketat berkenaan music saja. tapi banyak benda, contohnya yang selalu diperkatakan oleh orang luaq iran adalah berkenaan hiburan, filem dan media.

3. mengikut kata parisha, dalam filem ni, tunjuk beberapa larangan2 yang perlu dipatuhi oleh orang iran. contohnya, berkenaan pakaian wanita dan tidak boleh membawa pet keluaq berjalan2 walaupun hanya dalam kereta.

4. oleh kerna takde subtitle, maka aku tak boleh belajaq sangat pasai budaya, keadaan dan kekangan masyarat iran.

5. untuk filem ni, 2 orang watak utama itu tadi, dalam usaha untuk mencari ahli baru bagi menubuhkan satu band dan membawa music mereka ke luar negara (dalam erti kata lain, mahu berpindah ke luar negara), mereka telah dibawa perkenalan dengan orang2 music undergound iran yang lain oleh seorang kawan mereka.

6. maka, sepanjang usaha pencarian mereka dan usaha untuk ke luar negara, kita juga di bawak sepanjang filem untuk berkenalan dan mendengar musik2 dari band2 underground iran yang real.

7. musik dan lagu2 nya? gila best! sepanjang filem, mungkin ada lebih dari 10 lagu kita boleh dengaq. dari music folk rock ke indie rock ke hardcore ke tradisional ke rap, macam2 ada. semua lagu best. hat yang rap pon aku rasa cam best jugok.

8. tapi top 4 lagu2 yang aku suka adalah, (1) lagu milik band mereka berdua, (2) lagu tradisional yang aku rasa macam ada pengaruh indian musik, yang dinyanyikan ditempat lapang di waktu awal pagi, dan aku bertambah suka sebab ada cahaya matahari pagi oren yang memancar, (3) 2 lagu yang dinyanyikan kepada budak2 (aku tengok macam kat pusat pembelajaran orang2 pelarian), dan ke (4) lagu last sekali, watak utama perempuan tu nyanyi, macam ala2 lagu fynn jamal dan zee avi.

9. cakap pasai pergerakaan underground musik iran, ia memang betul2 underground. kena main musik sembunyi2. tak de pusat jamming. antara tempat2 yang pemusik2 iran ni main musik adalah, kandang lembu, bangunan terpencil, tempat simpan barang underground kat umah, dan macam2 lagi.

10. aku ada masalah skit kalau tengok filem dari negara islam atau berkenaan orang islam. untuk filem ini pon tak terlepas untuk aku merasa tidak patut. selalunya melibatkan bagaimana orang2 disana mahu protes dan keluaq dari kekangan undang2 dan budaya negara mereka sampai nampak mereka juga protes islam. itu semua kekangan budaya dan undang2 negara, bukan undang2 islam ok.
dan 1 lagi berkenaan bagaimana undang2 negara yang ketat berkenaan panduan berpakaian sampai menyebabkan nampak bahawa pakaian yang mereka pakai itu tiada makna. hanya mengikut budaya dan undang2 negara semata2. contohnya, ke party dan pub pun pakai tudung. apa kes. merosakkan dan menyeleweng pandangan orang lain saja. berkenaan budaya2 orang sana yang lain seperti cakap tak tau berenti, rasa mereka yang betui, suka paksa2, itu aku boleh terima walaupun tak suka. tapi bab pakaian ni aku mmg tak dapat terima.

11. ending? seperti kebanyakkan filem indie, tiada ending yang betui2. kena pikiaq dan konflik tidak berkesudahan.

12. antara filem once dan no one knows about persian cats, aku suka dua dua.

13. filem ni menang hadiah khas juri di 2009 cannes film festival.

banyak jugak aku cakap pasai filem nih. apa2 pon. korang tengok la filem ni. best gila. yang paling best adalah lagu2 dan music dia.






filem 2: ANGELA'S ASHES



angela's ashes ni dah keluaq lama dah. tapi lepas baca memoir dia baru aku dapat filem ini.
juga dari marina. si peminat setia frank mcCourt.
ok. filem ini diadaptasi dari memoir oleh frank mcCourt dengan tajuk yang sama.
cerita dari mereka kecik2 kat us sampai ke umoq 18 tahun. gila panjang nak cerita.

aku ringkaskan.

1. filem ini mula cerita kat adik perempuan mereka dilahirkan di US. lepas kematian adik perempuan itu, mereka berpindah ke ireland.

2. filem ini paparkan keadaan kemiskinan yang mereka hadapi dari kecik sampai besaq.

3. nak tau lebih lanjut, bukak wiki. ada review panjang berjela boleh bagi paham.

4. ada perbezaan dari memoir. yang ketara, aksi frank dan kawan2 nya ber-masturbate di balik wall sambil tengok sheep. dalam memoir tak dak.

5. ada aksi lucah no 2 selain diatas.

6. tapi korang harus tengok filem ini bukan sebab dua benda lucah tu. sebab cerita dia memang cerita sebenaq keadaan kemiskinan di ireland dan survival frank dan adik beradiknya. dan bagaimana frank mengejar impiannya untuk kehidupan yang lebih baik.

7. juga tengok bagaimana kekakangan budaya agama dan setempat yang memundurkan orang ramai.

8. lagu2 dan musik latar untuk filem ini jugak best. lagi menghidupkan cerita.

9. antara filem dan buku? haruslah buku lebih best. lebih terasa, tersentuh, terinspired. dan paling penting, buku sangat kelakaq. filem langsung tidak kelakaq.

Wednesday, August 11, 2010

1 ramadhan

selamat berpuasa semua!!
semoga kita peroleh segala manfaat bulan ramadhan ini.







p/s: tadi sahur aku siap bertambah. aku tiada hal bab selera makan di awal pagi hari. dan syiok jgak posa sini. bukak posa awai.

p/s/s: kepada sahabat, rakan2 dan sesiapa saja yang berposa di tempat yang tengah summer, tabahlah anda ya. berpuasa jauh di perantauan dan dengan hari yang panjang...



Tuesday, August 10, 2010

panjang kaki

orang kata, jauh perjalanan, luas pengetahuan.

sebagai seorang yang suka kumpul pengetahuna serta berjalan2,
kami sahut kata2 orang itu.

airasia ada promo lagi.
harga bermula dari rm1 untuk hampir semua perjalanan.
tempahan bermula hari ini sampai 15 ogos.
masa perjalanan, 1 april 2011 sampai 11 ogos 2011.

merujuk kalender ums tuk tahun depan,
bulan 5, ada cuti pesta kaamatan pada 30 dan 31 mei yang jatuh pada hari isnin dan selasa.
bulan 6, ada cuti keputeraan yang dipertuan agong pada 6 jun yang jatuh pada hari isnin.


kali ni ingat mau panjangkan kaki lebih skit.
ekekek.





update,jam 1130am:
depa ni, buat promo jenis ada helah banyak.
harga bermula dari rm1, dan rm240 pon bermula dari rm1 jugak kan.
harga ikut tempat dan bila nak pi. ada hari mahal, ada hari murah. mcm biasa.
oleh kerna nak betul2 jimat, maka kami kena ambil 5 penerbangan.
bab nak cari tiket murah ni, kami rela memulun.



Monday, August 09, 2010

pantai tanjung aru dan hutan banjaran kroker

semalam, hari ahad,
aku keluar bersama yanti dan husbandnya.
depa bawak aku berkelah di tanjung aru.
pastu depa bawak aku naik gunung emas tengok banjaran kroker.
kat situ dulu ada highland resort, sekarang dah ditinggalkan sebab dah ramai orang tak lalu kat situ.sayang rasanya... tempat itu dingin dan mendamaikan.





























BluInc bumper rewards

di 1Borneo, KK.
6-8 ogos 2010.


hari jumaat, 6 ogos, kul 11pg,
aku dan aini dah tercegat kat 1B.
tak ramai lagi orang masa kami sampai.
mungkin sebab hari itu hari bekerja (kami tak pi lab, habaq kat The-Big-Bos kata mau buat kerja kat umah),
atau mungkin sebab orang ramai tak tahu sangat pasal benda nih (kebetulan masa tu juga ada pc fair di 1B).


kami 2 orang dah tahu lama dah pasal benda nih.
bab nak amik goodi bag, cepat saja.
zati yang bagitau awal2.
aku mintak dia tolong beli marie claire sebab aku takut kat sini mahal.
so zati bagitau marie claire kata ada benda ni kat 1B.
aku dan aini terus pi beli majalah bluinc yang lain.
tengok harga sama saja dengan semenanjung.....



dalam duit sempit tu, ada la jugak aku perabes duit.
aku ada beli benda make up, walaupun aku tidak rajin untuk ber-makeup, tapi dah jenis tak leh tengok barang banyak murah, beli jugak lah.
treatment kat marie france bodyline pon aku ada amik. alasan, nak try saja. ekekek






balik rumah,
menayang kat housemate benda yang kami dapat.
hari sabtu, depa plak pi.
tapi samples yang dapat kurang skit dari apa yang kami dapat pada hari pertama.




Saturday, August 07, 2010

aku cuma belum bersedia, vol 2

kalau aku menjawap,
"aku belum bersedia",
pasti ada soalan berikutnya.

"kenapa belum bersedia?"

aku akan jawap,
"aku belum bersedia untuk pikul tanggungjawap".

lepas itu, pasti ada soalan lagi. dan lagi.
dan aku terus menjawap tanpa hirau rasa letih untuk menjawap berkali-kali bagi soalan yang sama untuk orang yang sama.

tapi,
kini,
untuk orang yang sama dengan soalan yang sama,
aku akan jawap,
"aku tidak laku".

itu jawapan selamat aku.
jawapan yang ada sedikit benar dan ada sedikit kelakar.

jawapan yang akan aku tamatkan dengan senyuman atau berkata "betullah".

soalan mereka kepada aku akan mati di situ.
dan tajuk perbualan akan bertukar.

tapi persoalan dan tanggapan terhadap aku mungkin tidak berkesudahan dalam kepala mereka.

tapi,
aku tidak perlu risau akan hal itu.
biarlah mereka dengan tanggapan mereka, biarlah mereka dengan keserabutan yang dicipta sendiri itu.

aku tetap senang bergini.
tetap bergembira dimasa ini.









***********************************
haiyo.
aku sebenaqnya ada entry bergambaq nak tulis,
terutama pasal bluinc bumper rewards di 1Borneo. tapi broadben tak kuat disini. harus upload gambaq di lab.
semalam, hari pertama roadshow aku dan aini dah tercegat kat 1Borneo.
berbaloi jugak tercegat pada hari pertama, banyak dapat benda hat best2.

aku adalah manusia yang suka free gift dan free sampel.
ekekek.




Thursday, August 05, 2010

aku cuma belum bersedia

kau biadap jika kau kata aku menidakkan naluri aku.
naluri sebagai seorang manusia.
naluri sebagai seorang perempuan.

aku cuma belum bersedia.
itu. saja.

kau tidak kenal aku.
tidak tahu sejarah aku.
tidak tahu sekeliling aku.
tidak tahu jiwa aku.
jadi lebih baik kau diam.

aku cuma belum bersedia.
itu. saja.

pilihan kau itu tepat lah?
pilihan kau itu mengikut naluri semulajadilah?

ingat.
tiada yang betul.
tiada yang salah.
itu adalah pilihan masing-masing.
dan ini adalah pilihan aku pada hari ini.
esoknya belum tentu lagi.

aku cuma belum bersedia.
itu. saja.

lebih baik kau diam.
kerna aku tidak kacau kau.
dan aku tidak pernah mempersoalkan pilihan kau.


pilihan kau untuk berkahwen dan berkeluarga itu.




perkara rambang #7

perkara 1: hari ini, sekarang.
tidoq semalam jam 1230am + bangun tadi jam 530am + keluaq umah jam 615am + makan nasik lemak + hujan = mengaaaannntuuukkk

perkara 2: housemate.
aku perkenalkan housemate baru.
kiri, nini. ums, 3rd year. cina+bajau. suka makan carot.
kanan, gg. uitm, 1st year. kadazan. suka pedas.



ini gambaq weekend lepas. aini tiada bersama. kalau weekend saja, dia akan jadi rebutan saudara mara. malam itu, sebelum balik rumah, budak 2 orang ini cuba menunjukkan sisi gelap kk yang muncul dikala gelap, tapi tak kesampaian.


perkara 3: makan luaq.
semenjak mai kk ni, boleh kira brapa kali ja kami makan kat luaq.
rasa lain. kfc pon rasa lain.


perkara 4: bahan mentah murah.
semua orang kata la. aku tak sure sangat. sebab masa kat penang atau kat kampung, aku bukan jenis amik tahu sangat harga bahan mentah ni. so, tak dapat buat perbandingan.
rasanya memang murah la kot. kalau speaking sabah mungkin akan dapat leebih murah. seafod, aku sangat suka.



perkara 5: mi megi sedap dimakan.
walaupun bahan mentah murah. tapi megi adalah benda sedap yang paling mudah untuk dimasak.




perkara 6: fir dah balik.
dia balik kampung lewat petang semalam. nak mai kk balik, belum tentu bila.


perkara 7: cari housemate lagi.
berikutan ketiadaan fir yang ntah bila nak mai pun tatau, maka kami berhajat mau cari housemate baru.
semalam lepas hantaq fir kat epot, ada orang telefon mau tengok rumah.
bukan dari iklan baru, tapi dari iklan kat letaroom yang tak dapat di-delete tu.
.
.
perkara 8: tiket ke tawau tuk tahun depan.
2 minggu lepas, kami TER-beli tiket ke tawau tuk mac tahun depan. ada promo rm18 tiket pergi balik dari kk ke tawau. ke mabul lagi lah. ngeh ngeh.
jenis bajet tahun depan dok kat kk lagi.


Sunday, August 01, 2010

if i were a fish by mum

Mùm - If I Were A Fish / A Take Away Show from La Blogotheque on Vimeo.



selamat masuk bulan ogos tuk semua.

band diatas dari iceland kalau tak silap.

aku macam ingat2 lupa2 yang ada seseorang yang pernah tertanya2 apa rasanya kalau kita jadi ikan.

.

.

.

.

.

ini adalah scheduled post.

sekarang aku mungkin tengah bertarung antara kerja, novel, dan tidoq siang.