
aku jumpa 2 gambar kandid yang di-snap oleh arix.
hudoh bebenor muka aku bila masa aku bersemangat nak makan.
kalau melibatkan makanan aku memang tak boleh selamatkan diri aku dari bersemangat sebegitu.
tak kiralah sama ada memasak atau makan atau tangkap gambar makanan..
sama keadaanya bila aku dikelilingi buku-buku, seperti di kedai buku..seronokkk
ni satu lagi masalah pasal tangkap gambar makanan..
minggu ni aku asyik berangan nak jadi food photographer.
aku dah siap plan apa yang akan aku lakukan pada bulan Januari tahun depan selepas aku hantar 10 copy tesis nanti, demi cinta aku terhadap makanan dan photography..
haiya....
masalah besar ni kalu asyik berangan nih.
sekarang otak aku tak boleh/patut berangan atau fikirkan benda lain..
kena hari-hari fikir berkenaan eksperimen, lab dan tesis SAHAJA!!
MASA mengejar aku!
larik!!!