
aku dah review buku ni kat blog baru aku. blog review buku.
aku tak puas hati sangat pasal review yang aku buat tu.
bila aku baca balik, ada banyak salah, ada banyak tak kena.
ayat tak kena. ayat putaq belit. ayat tunggang terbalik. ada tertinggal perkataan pun ada.
kalau baca review tu, pasti hampa akan rasa macam buku tu tak best.
sebenaqnya, buku tu sangat best, sampai aku taktau nak review macamana nak bagi nampak betapa banyaknya buku tu mengajaq aku.
nanti kalau aku rajin, aku tulis balik.
awat aku buat blog baru untuk review buku-buku yang aku baca?
sebab, aku rasa blog ni dah makin semak dan berserabut.
nak kurangkan keserabutan, aku kurangkan bahan. buku dan musik kegemaran boh kat tempat lain.
selain tu,
untuk blog review buku tu, bukan aku saja yang akan review buku.
aku akan jemput sahabat2 atau kenalan2 tuk review sama.
depa akan review bahan bacaan depa.
masing2 dengan buku masing2.
jadi, blog itu mungkin akan mengandungi bermacam-macam jenis buku.
tak terhad dengan selera aku saja.
kat sini aku nak menjemput sahabat2 dan kenalan2 tuk menyumbang review buku hampa.
mula2 aku nak jemput pembaca2 blog ni yang aku kenal dan sempat teringat.
1. zati.
2. arix.
3. marina.
4. aini.
5. kak nadiah.
6. kak sita.
7. kak yati.
8. bed.
9. dayah.
10. faranad.
11. alla.
12. yong.
13. hana utm.
14. lina labmate aku.
15. shila.
16. dr rosenani.
17. cek yah.
18. mizi.
19. rudy.
20. raisah.
21. mahadi.
22. suhaili.
23. siti sumira
ok. itu nama2 kenalan2 yang aku sempat teringat.
hampa berminat?
hampa boleh bagi review buku apa saja.
buku yang hampa suka ka, buku yang hampa tak suka ka. buku paling paliiing gemar ka. buku remaja ka. buku kanak2 ka. buku soal hidup mati ka. buku panduan tajwid ka. buku jakin boleh ka. buku kisah tun teja ka. apa saja lah.
asalkan buku tu hampa dah baca, dan mahu bagi review, mahu bagi pendapat.
pendapat atau review pulak jenis bebas.
hampa nak cakap pasal buku tu berbaloi ka tak berbaloi ka. hampa nak cerita awat buku tu hampa paling suka ka. hampa nak cerita awat semua orang patut baca buku tu ka. hampa nak cerita pasal pengajaran yang hampa dapat dari buku tu ka. hampa nak cakap pasal buku tu ayat belit2 ka. kesimpulannya, semua boleh.
satu lagi,
hampa boleh pilih, nak jadi co-author blog tu ka atau jadi invited author saja.
co-author, rasa nak review lebih dari 1 2 buku. ada banyak buku rasa nak review. rasa nak kongsi kat sini.
invited author, nak review 1 2 buku saja. nak buat jarang2 sekali saja.
apa2 pun, kalau berminat sila bagitau aku ok.
untuk sapa2 yang berminat tapi nama dia tak tak catat diatas, boleh saja, sangat dialu-alukan.
fungsi buat kerja review buku ni,
1. dapat membuang masa menulis blog dengan girangnya macam aku.
2. dapat berkongsi pendapat kita tentang buku2 yang kita suka, atau yang tidak suka dengan orang lain. kalau tak ramai orang, jawapnya kongsi dengan aku lah. aku sangat suka buku.