Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Tuesday, March 24, 2009

semua orang sudah mahu pergi...

semalam..
23 mac 09
kami satu lab makan-makan..
dah lama tak makan ramai-ramai macam nih..
makan-makan adalah semperna:
1. kak azi mau pergi ngajo di MRSM tawau minggu depan.
2. kak nadiah dan abg zaki mau berangkat ke US may ni.
3. dr coswald mau pindah ke UMS julai ini..mayb..
huhuhuhuhu..huhuhuhuhu
semua orang sudah mahu pergi...











bukan aini yang kawen..

sabtu, 21 mac yang lalu..
aku, kak azi, kak ila dan kak nor telah pergi ke kenduri abang aini..
di lekir..












Sunday, March 22, 2009

JANGAN BUAT AKU BENCI!

jangan sesekali buat aku marah..
selembut-lembut hati aku ni..
aku sangat pantang pada si talam dua muka..
bila sampai tahap aku sakit hati dan benci...
bila sampai tahap aku meng-CLKkan orang..
jangan harap aku nak lupakan..
tak kiralah ko tu budak ka..orang tua ka..tak matang ka..
aku dah tak mampu nak fikirkan yang positive..
dan jangan tertipu kalau aku masih layan ko dengan baik...
sebab aku pon mampu nak berhipokrit!!
ingat ko je boleh??

Tuesday, March 17, 2009

stress

aku tak sure banyak mana stress yang aku ada..
sebab sejak akhir-akhir ni aku senang ja nak nangis..
dimana saja..depan siapa saja..jam brapa pon..kalau ada sebab yang mencetuskan..
sebab yang cetuskan menangis sangat la kecil dan sepatutnya aku tak mengalirkan air mata pon..
tapi..
disebabkan stress yang aku bawa kini..
aku jadi senang untuk nangis..
antara sebab kecil yang telah sebabkan aku nangis baru-baru ini adalah:
1. tak dapat pergi viva VJ. memang la aku sedeh tak dapat p viva dia..tapi tak la sampai patut nangis...tapi...aku nangis gila-gila masa tu..sampai nyusahkan orang lain..hehehhee
2. ALS mintak keluarkan gambar dia dari blog aku.. memang wajar pon..demi nak elakkan masalah yang akan timbul dimasa kan datang...tapi aku nangis! aku ni mmg tak wajar..
selain itu...kalau aku dok sendirian...jenuh laaa..
tapi...
oleh kerna aku mengenali beberapa orang yang sengsara kerana stress yang melampau..aku jadi takut...sebab stress yang melampau boleh jadi kat sesiapa saja..masa dulu-dulu zaman aku tak matang lagi, aku dengan peliknya merasakan kenapa orang-orang ini tak boleh bendung stress..pergi la enjoy ka..bercuti ka..
tapi aku kini lebih memahami...benda tu datang tanpa kita sedar dan tanpa amaran..
sooo...aku selalu mintak supaya dilindungi ALLAH dari semua tu..tenteram jiwa aku..moga sihat fizikal dan mental...amin..korang semua tolong la jugak doakan kesejahteraan aku deh!

cakap berkenaan kena buang gambo ALS..ha..korang dah tak leh tengok muka mamat hensem sorang tu dah..dan aku juga akan guna nama ganti yang lain untuk dia..mungkin sebagai Mr. Who-is-older-than-us ataupun The-fourth..bukan lagi nama betul dia..

Sunday, March 15, 2009

my aircond-free day and Who's that girl?

kemarin, sabtu..
rehat day..
aircond-free day..
aku duduk kat bilik aja..
aku penuhi hari-hari aku dengan...
bangun lewat..pilates..foot scrub..body scrub..face scrub..face firming masque..hair treatment..dan minum kopi..



selain itu..
aku manage habiskan sebuah novel..
bukan dari aku punya long-list-tak-habes-baca-dan-tak-baca-lagi books..
tapi..pinjam dari Zati..
Who's that girl? dari Alexandra Potter..

Zati merupakan big fan of Alexandra Potter..sampai aku pon dah berjangkit..
ini merupakan buku Potter yang ke-3 aku telah baca..selepas be careful what you wish for dan me and mr darcy yang telah aku review sebelum nih..
Aku sememangnya suku buku-buku tulisan Potter sebab buku-bukunya mesti ada magik, memberi inspirasi dan boleh buat aku berfikir berkenaan sesuatu tanpa terlalu memeratkan otak.
summary:
charlotte merryweather yang berumur 31 tahun..mempunyai hidup yang stabil dan berjaya..hidup dia yang sibuk telah menyebabkan dia selalu letih dan stress. dan pada satu hari, dia telah berjumpa dengan her 21-year-old self, her younger self, her 10-years-younger self, her younger-carefree-self. so dia banyak la try untuk bagi nasihat kepada her younger self ni supaya tak buat kesilapan-kesilapan yang dia menyesal kini. tapi..her younger self telah menyedarkan dia terhadap perkara-perkara yang dia lupa kini, apa yang menyebabkan dia tak happy.. dan dia sedar bahawa dia telah mendapat peluang kedua untuk melihat kembali apakah kesilapan-kesilapan dia itu dan dia berupaya mengundo some of the kesilapan..
dan jika aku sendiri terjumpa my 10-years younger self yang berumur 14 tahun dan sedang belajar di tingkatan 2..apa yang aku nak bagitau kat dia?
berikut adalah perkara-perkara yang aku sempat fikir..
1. aku selalu menyesal pasal tak studi sungguh-sungguh masa SPM..tapi jika difikirkan balik, jika aku dapat result yang cemerlang..mesti aku tak berada disini sekarang..tak berkenalan dengan semua orang yang great dan aku sayangi disini..aku sangat hepi dengan hidup dan orang-orang disekeliling aku sekarang. tapi..aku cuma nak bagitau kat dia..jangan terlalu main-main semasa SPM nanti..pulun sedikit..
2. jaga makan! jangan dah berumur 20-an baru nak fikir serius pasal jaga makan..kalau dah berat badan naik..susah nak turun!
3. take care of your skin from now! pakai lotion dan pelembab banyak-banyak.
4. start menabung! walaupun rm1 sehari. rm1 bukan la sedikit..rm1 juta bukan la banyak..
5. jangan takut kalau ada orang yang tak suka kamu! just be yourself dan kita tak boleh puaskan hati semua orang.
6. start baca english novels! you will love them dan boleh improve skit english kamu..
7. kamu akan berjumpa dan berkawan dengan orang-orang yang amazing lagi hebat di USM.
8. kamu still seorang pelajar pada umur kamu 24 tahun.
9. jangan volunteer diri kamu untuk mewakili kelas kamu semasa persembahan kebudayaan semasa di matrikulasi nanti!
10. start baca CLEO! Cleo banyak berguna untuk kamu..bukan habis duit beli majalah Hai.
Selain itu..kalau my older self boleh datang visit aku dan bagitau apa yang aku perlu buat dan tak perlu buat best gak! supaya aku tak melakukan perkara-perkara yang aku akan menyesal nanti..
tapi...
ia tak akan berlaku sama sekali!
kita tak akan tahu apa yang akan berlaku terhadap hidup kita pada masa akan datang...masa depan adalah sesuatu yang misteri dan tak menentu..
hanya yang kita boleh buat adalah..buat perkara yang kita sudah fikir terbaik untuk hari ini..supaya kita tak terlalu menyesal pada hari-hari esok..dan berhenti dari terlalu risaukan masa depan dan perkara-perkara yang kita sendiri tak pasti. dan juga berhenti terlalu menyesali kesilapan-kesilapan yang kita telah buat, cuma kita ambil ia sebagai peringatan supaya kita tidak mengulagi kesilapan yang sama pada masa kini dan akan datang..
Start LIVING for the MOMENT!! dan HARGAI MASA sebab masa tidak boleh dibeli semula!!
seperti apa yang diperkatakan dalam buku ini:
'You cant buy back time, not for any price. There are no second chances. Every second is precious, so dont waste a single one. Time, quite literally, is priceless.'
dan..
'...whats the point worrying all the time? Its a total waste of time.'
'If the worst is going to happen, it'll happen. Worrying cant protect you from that. And if it doesnt happen, then you're missed out on all the time when you could have been having fun.'



Friday, March 13, 2009

tak brapa sehat...

dah hampir seminggu aku macam nih.
nak kata demam tak demam..demam terpendam-pendam kot..
tak brapa sehat..tapi tak demam betul-betul.
sakit tekak. kadang-kadang sakit kepala. selsema. tapi makan lalu yer.
nak rehat kat bilik...tapi rasa bersalah sebab nanti dok kat bilik aku tak buat kerja..
pada hal kerja banyakk!!
datang lab pon tak boleh buat kerja banyak sebab badan yang ala-ala tak sehat gitu..
esok sabtu.
so boleh la aku rehat 1 hari tanpa pergi lab..
supaya kesihatan betul-betuk OK!
supaya boleh buat kerja semaksimum mungkin!

Wednesday, March 11, 2009

perlu atasi


Perkara-perkara yang aku perlu atasi:
1. buat keputusan terburu-buru.
2. malas.
3. buat kerja last minit.
4. tak bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu.
5. takut air.
6. tak yakin diri.
7. tak percaya diri.
8. takut kepada benda-benda yang aku sendiri tak pasti.
9. takut kepada apa yang orang fikirkan terhadap aku.
10. malas nak contact kawan-kawan lama.
11. boros.
12. kuat makan.
13. malas bersenam.

bertambah kalut

dan kini...
selepas dua hari cuti...
aku masuk lab seperti biasa...
kalut dengan benda yang sama..
stress dengan benda-denda yang sama..
buat benda-benda yang sama..
tak kurang juga..nangis tuk benda-benda yang sama..
dan kini ada lagi benda yang nak menambah stress dan kalut
aku..




dan...
nama aku ada disitu...


Yeeeaahhhh!!!
husna..
you go girl!!

Monday, March 09, 2009

kenduri mar vs bola sepak

setelah sekian lama aku tak blk kampong...
maka last week aku balik.
balik kejap ja..
balik tuk jumpa mak dan abah..
tapi sempat jumpa mak jaa..abah p buat keja kat sik.
dan..
aku balik juga sebab mahu pergi makan kenduri mariana aka mar pada hari sabtu..
mar adalah kawan se-petrol pengakap masa zaman sek men dulu..
aku pergi bersama kawan-kawan se-petrol yang lain..
haida aka detdot, kamilah aka milot dan farah adila aka alla...
turut bersama wan..kawan paling nakal aku penah berkawan sejak sek ren dan juga kini merupakan bf alla..









pastu terjumpa anis kawan sek men jugak yang telah beranak 1





lepas tu..
pada malamnyaaa...
aku, dekdot, milot, alla, wan dan ditambah dengan chu, pergi menonton bola sepak di stadium utama..
perlis vs harimau muda..
aku bukan laa seorang peminat bola..tapi saja ja suka suka dan mahu tukaq angin tempat lepak..





baru ja 11 min perlawanan bermulaaa..
aku dah stat rasa boring...




aku ingatkan aku ja boring..
rupa-rupanya yang lain pon boring..
termasuklah si wan n chu..
katanya..perlis main boring malam tu..
aku tak tau pasai main bola..
yang aku tau memang boring pun malam tu..
maka kami mula buat aktiviti lain..
baca surat khabar lama...
tangkap gambo..

tengok orang lain..


ulang tengok jam...



makan kuaci..minum...



akhirnya habes separuh masa pertama...baru masa pertama...



semasa separuh masa kedua pon sama jugak..
sembang...tengok jam...tengok orang lalu lalang..tengok jam...bergosip..tengok jam lagik..makan kuaci..tengok jam...fikir bila la nak habes ni...minum...alamak!!!aku terminum coca cola..



akhirnya...
selepas separuh masa kedua dan masa tambahan..
keputusan tetap 0-0..




lepas nonton bola..
kami sambung sembang di kedai makan..
sembang sampai masing-masing ngantuk..
2 am baru sampai rumah..
tak baik anak dara balik kul 2 pg...
ish ish
tapi best ho!!
kualiti time dengan kawan-kawan lama...
tapi kesian kat mak aku yang menunggu aku balik sampai tertido...
ampun ya mak!!






dah 30

wah!!
udah lama aku tak blogging...
banyak benda yang berlaku..
tapi..
aku nak cerita pasal yang ini dulu..
pasal sambutan besday insan ini..
a man yang disini dipanggil...
Mr. Who-is-older-than-us



sambutan yang ke-30!
besdaynya jatuh pada 1 Mac.
oleh kerana 1 mac jatuh pada hari ahad..
maka kami sambut awal..
pada friday, 27/2, tengah malam..
sambutan yang agak surprised!



sambutan open air.
oleh kerna isu confidential dan nak elakkan controversi dan speculasi..
hanya gambar ini yang aku upload..
ehek




dan untuk Mr. Who-is-older-than-us..
skali lagi i nak ucapkan..
a very hepi 30th birthday!!
semoga u panjang umur, rezki makin bertambah, sihat selalu, dapat apa yang u mahukan, dan bahagia selalu..
dan..
i juga nak berterima kasih diatas segalanya..
hidup kami bertiga berubah dan bertambah ceria dengan kehadiran u.